Saturday, 4 February 2012

Berhias Cara Islam

Apakah maksud "berhias diri" : Penjagaan anggota fisikal, berpakain, perhiasan dan penampilan diri supaya kelihatan cantik, kemas dan menarik.....

Tengok gambar nie pun dah ok.... 


........:::::Renungkanlah & selamat beramal

Monday, 26 December 2011

JANJI ALLAH KEPADA ORANG YANG BERNIKAH

Ketika seorang Muslim baik pemuda mahupun wanita akan menikah, biasanya akan timbul perasaan yang bermacam-macam. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu saat melangkah pelamin. Bahkan ketika dalam proses ta'aruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan. Berikut ini sekelumit apa yang hadir dari janji Allah kepada mereka yang menyimpan perasaan negatif dalam mencari teman hidup.

  • "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)" (An Nuur:26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai ajaran Islam dan Sunnah NabiNya. Jadilah lelaki-lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

  • "Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui" (An Nur:32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika menikah. Salah satu sebabnya adalah kerana belum punya pekerjaan. Dan anehnya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan-pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu dengan kemampuan gajinya. Dalam fikiran mereka terbit suatu persoalan, "Apakah cukup untuk keluarga gaji sekian?".

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu melangkah ke jenjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga. Bukan gaji yang tinggi yang selama-lamanya tidak akan berkesudahan. Allah Maha Adil, bila tanggungjawab para pemuda bertambah dengan kewajiban menafkahi isteri-isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak punya apa-apa ketika menikah, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

  • "Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabiliLlah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya" (Musnad Imam Ahmad 2:251, Sunan An Nasa'ie, At Tirmizi, Ibnu Majah hadis No.2518, dan Hakim 2:160)

Bagi sesiapa sahaja yang menikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah S.A.W dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

  • "Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir". (Ar Ruum:21)


  • "Dan Tuhanmu berfirman : Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina". (Al Mu’minun:60)


Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankanNya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, penurut, dan seterusnya. Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Di antaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan. Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir di mana Allah turun ke langit dunia, pada waktu antara azan dan iqamah, pada waktu turun hujan. Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga makan, minum dan berpakaian dari usaha yang haram, melakukan apa yang diharamkan Allah dan lain-lain.

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini kewujudan Allah Taala, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, mengakui bahawa Allah Maha Mendengar. Sebahagian orang ketika jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun dan bomoh, berharap agar jodohnya segera tiba. Sebahagian orang ada juga yang menggunakan guna-guna (ilmu pengasih). Cara-cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah S.A.W,"Barang siapa yang mendatangi peramal/ dukun, lalu ia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam" (Hadis Sahih riwayat Muslim 7/37 dan Musnad Imam Ahmad).


  • "Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat" (Al Baqarah:153)

Mintalah pertolongan kepada Allah dengan melaksanakan sifat sabar dan menunaikan solat. Tentunya agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi S.A.W. Juga harus solat sesuai Sunnahnya dan terbebas dari perbuatan yang haram. Firman Allah Taala lagi (maksudnya), 

  • "Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (Al Syarh:5-6) 

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sukar dan sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan.



  • "Wahai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad:7)

Supaya Allah Taala menolong kita, maka kita mestilah menolong agama Allah Taala. Baik dengan berinfak di jalanNya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran risalah-risalah dakwah agama Islam, menyiapkan generasi yang akan melanjutkan perjuangan Islam dan sebagainya. 
  • "Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Al Hajj:40) 

  • "Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat" (Al Baqarah:214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjiBya. Kalaupun Allah tidak/ belum mengabulkan hajat dan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap Muslim. Jadi, tidak ada sebabnya untuk kita meragukan tentang janji Allah ini. - TARBAWI

Sunday, 11 December 2011

Ragam

Saya dah hdup selama 22 tahun (Alhamdulillah) & sepanjang perjalanan saya, mcm2 yg saya tgk ragam manusia nie........ Terutamanya ragam org di sekeliling saya...... & apa yang saya pelajari???

* FAMILY : I LOVE MY FAMILY...... dari dulu smpai skrg, mereka la yg byk membantu saya lebih2 lagi mak.... LOVE my mummy......

Family Bahagia


* KAWAN : bkn semua kawan yg dpt terima kita seadanya..... Ada yg berpura-pura baik dpn kita tapi dlm diam dia tikam belakang kita dgn pisau, parang & pistol (rosak peribahasa)....... Ada kawan yg hanya wujud waktu kita hepi & gelak-gelak aje.... Tapi waktu kita sedih & amat memerlukan bantuan, tiba-tiba aje dia hilangkan diri..... Kawan biasanya dikenali sbg kawan la.... Mcm kawan kelas, kawan kampus.... & tak semestinya kawan kita boleh jadi sahabat kita.... Betul x??

* SAHABAT : standard dia tinggi dari kawan... Sahabat sggup bersama kita susah & senang.... Sanggup berkongsi segala mslh ngan kita..... & sahabat lbh mengenali kita luar & dalam.... Contohnya bila kita dalam kesusahan, mereka sggup membantu walaupun dlm nilai yg kecil tapi bg seorg sahabat, itu adalah nilai yg paling besar...... & pada saya, sahabat adalah yg ke-2 penting slps Family... Saya penah tgk sendri seorg sahabat yg sggup membantu sahabat dia yg sedang sakit malah sggup menunggu sehingga sahabatnya tido.... Itulah namanya sahabat..... & saya doakan hubungan mereka tetap begitu sehingga sekrg....

Comel ye dua sahabat nie


* GF / BF : yg nie ada mcm2 part..... ada cinta "Monkey" la apa la...... Susah nk huraikan bab cinta.... Tapi apa yg saya tau, jika seseorg itu menyanyangi kita, dia tak akan mengongkong kita..... & dia akan sentiasa menyokong kita dgn apa saje yg kita wat.... Itulah yg saya rasakan skrg.... Sokongan & dorongan walaupun saya tau si dia kurang minat ngan apa yg saya minat.....

* Myself : org lain mgkn tak xtau but I think I have change.... Lbh berfikiran terbuka, lbh mesra & lbh sensitif (kemajuan ke??) & yg penting saya berjaya megurangkan tahap baran saya yg dulu agak tinggi.... Saya tak kesah apa org lain nk fkir pasal saya sbb saya pegang pada prinsip... "Org yg btl-btl kenal saya akan terima sape saya"..... & kalu dia tak selesa, silakan pergi dari hidupku..... (ayat brutal sehhhh)......

Moral of the story : skrg saya dah tak peduli apa org nk fkr pasal saya..... Saya tau sape saya.... Menenangkan hati sendri lg bgs daripada menenangkn ati org lain..... Takpe la... FARHANA skrg lbh kuat dari biasa sbb minum susu.... Hehehe..... Apa pun saya syg sahabat & kawan-kawan saya.... Setiap org ada cara dia yg tersendiri & jgn ingat org akan ikut  kita aje.... Terimalah kekurangan org lain jgk krn dgn cara itu jgklah org lain akan terima kekurangan kita jgk..... Jgn jadi org yg bongkak & sombong sbb xde yg suka....


                                                                             ~ The End ~

Sunday, 6 November 2011

AidiladhaKu Tanpa Keluarga


Selamat Hari Raya Aidiladha sume..... Post kali nie saya nk story2 ckita pasal raya saya tanpa family disisi.... Agak sedih jgk la.... Biasa ye pg raya salam mak ayah adik2 dulu..... Tapi ari nie dgn kwn2 aje.... Mkn pun ala kadar aje.... Sayu hati.... Tepon mak plak, mak ngah beraya kat umah makcik..... Best aje.... Malas nk cite lebih2.... Tgk gmbr ajela ye.... Baru tau mcm ne style saya beraya di perantauan kali nie....

Bersama Azie
Bersama Ida
Bersama Fahmi
Bermain di taman....
Termenung... Ingat family yg jauh

Gila di hari raya.....

Thursday, 27 October 2011

AKU, INTERNET & SHOPPING

AKU?? Sape aku nie?? Aku bernama FARHANA BINTI MOHAMED MOKTAR......

INTERNET?? Apa function internet?? Well, skrg sume bnda di hujung jari shj... Sekali "klik" sume dpt... Hiburan, maklumat & mcm2...

SHOPPING??? Apa cite??? Aku xsuka shopping tp aku minat b'shopping..... Hahahaha.... Aku nk story ckit camne aku blh "t'pikat" ngan shopping online nie.... Sejak dok kt Shah Alam nie mcm2 yg aku dah blaja.....t'msuk la shopping online.... Antara yg "b'main2" di tangan & fikiranku ialah :

Mula2 ye tgk aje kat FB @ blog... Pastu ada plak kwn yg ajak2 try beli.... Bila dah start m'beli-belah & sesuai dgn keselesaan, trus b'minat..... Shopping online nie ada jgk kelebihan dia.... Antara ye ialah :
  • Jimat masa & tenaga
  • Mudah.....
  • Lebih byk pilihan
Keburukannya plak sama dengan keburukan shopping2 yg lain.... Mesti sume org dah tau kan.... Buang duit & membazir adalah salah satu keburukannya... Tapi knp aku msih shopping lg?? well...Semata2 utk kepuasan diri sendri & aku suka window shppoing.... Hehehe.... Suka tgk fesyen2 terkini w/pun diri xpndai b'gaya....

Apa yg kita blh beli melalui online??? Bukan setakat baju, mcm2 lg yg kita blh beli apabila sume bnda di hujung jari. Contoh ye beg tangan, HP, Laptop, baju, dress, selendang & mcm2 lg..... Try la.... Syok sgt.... Setakat "window shopping" pun best jgk tau.... Hehehehe :)

Ini sahaja lah story dari aku.... Semoga jumpa lg...... 

Tuesday, 16 August 2011

5 Perkara Yang Perlu Diselesaikan

Insyaallah aku nk cuba selesaikan apa yg aku senaraikan ini sume dlm masa 1 tahun lg....
Antara ye :-
  1. Melihat sume BFF aku ada pasangan masing2 & hdup bahagia....
  2. Simpanan aku mesti ada RM1000 dlm akaun.... (usaha la pas nie)
  3. Ubah perangai yg perlu...... (byk jgk nk kna ubah nie)
  4. Nak ambik lesen kete..... (tp takut)
  5. Upgrade relationship.... (blh ke???)
Semoga aku b'jaya penuhi sume nie........ (sblm hilang dr dunia)...... 
Lgpun 1 thun lg nk b'sama2 ngan kawan2.... I want to see with my own eyes......their happiness.....their smiles.....their laugh.....
Sayang korang sampai bila2....

With My Love


My BFF


My Full House Team


  ♥ ♥ ♥ korang

Friday, 29 July 2011

Percaya Padaku




Lagu nie ditujukan utk saya (Farhana binti Mohamed Moktar) daripda awk (Muhammad Fahmi bin Hamali).............. saya dah faham setiap rgkap dlm lagu nie...... saya percaya awk.....