Monday, 26 December 2011

JANJI ALLAH KEPADA ORANG YANG BERNIKAH

Ketika seorang Muslim baik pemuda mahupun wanita akan menikah, biasanya akan timbul perasaan yang bermacam-macam. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu saat melangkah pelamin. Bahkan ketika dalam proses ta'aruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan. Berikut ini sekelumit apa yang hadir dari janji Allah kepada mereka yang menyimpan perasaan negatif dalam mencari teman hidup.

  • "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)" (An Nuur:26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai ajaran Islam dan Sunnah NabiNya. Jadilah lelaki-lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

  • "Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui" (An Nur:32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika menikah. Salah satu sebabnya adalah kerana belum punya pekerjaan. Dan anehnya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan-pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu dengan kemampuan gajinya. Dalam fikiran mereka terbit suatu persoalan, "Apakah cukup untuk keluarga gaji sekian?".

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu melangkah ke jenjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga. Bukan gaji yang tinggi yang selama-lamanya tidak akan berkesudahan. Allah Maha Adil, bila tanggungjawab para pemuda bertambah dengan kewajiban menafkahi isteri-isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak punya apa-apa ketika menikah, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

  • "Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabiliLlah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya" (Musnad Imam Ahmad 2:251, Sunan An Nasa'ie, At Tirmizi, Ibnu Majah hadis No.2518, dan Hakim 2:160)

Bagi sesiapa sahaja yang menikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah S.A.W dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

  • "Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir". (Ar Ruum:21)


  • "Dan Tuhanmu berfirman : Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina". (Al Mu’minun:60)


Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankanNya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, penurut, dan seterusnya. Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Di antaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan. Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir di mana Allah turun ke langit dunia, pada waktu antara azan dan iqamah, pada waktu turun hujan. Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga makan, minum dan berpakaian dari usaha yang haram, melakukan apa yang diharamkan Allah dan lain-lain.

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini kewujudan Allah Taala, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, mengakui bahawa Allah Maha Mendengar. Sebahagian orang ketika jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun dan bomoh, berharap agar jodohnya segera tiba. Sebahagian orang ada juga yang menggunakan guna-guna (ilmu pengasih). Cara-cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah S.A.W,"Barang siapa yang mendatangi peramal/ dukun, lalu ia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam" (Hadis Sahih riwayat Muslim 7/37 dan Musnad Imam Ahmad).


  • "Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat" (Al Baqarah:153)

Mintalah pertolongan kepada Allah dengan melaksanakan sifat sabar dan menunaikan solat. Tentunya agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi S.A.W. Juga harus solat sesuai Sunnahnya dan terbebas dari perbuatan yang haram. Firman Allah Taala lagi (maksudnya), 

  • "Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (Al Syarh:5-6) 

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sukar dan sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan.



  • "Wahai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad:7)

Supaya Allah Taala menolong kita, maka kita mestilah menolong agama Allah Taala. Baik dengan berinfak di jalanNya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran risalah-risalah dakwah agama Islam, menyiapkan generasi yang akan melanjutkan perjuangan Islam dan sebagainya. 
  • "Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Al Hajj:40) 

  • "Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat" (Al Baqarah:214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjiBya. Kalaupun Allah tidak/ belum mengabulkan hajat dan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap Muslim. Jadi, tidak ada sebabnya untuk kita meragukan tentang janji Allah ini. - TARBAWI

Sunday, 11 December 2011

Ragam

Saya dah hdup selama 22 tahun (Alhamdulillah) & sepanjang perjalanan saya, mcm2 yg saya tgk ragam manusia nie........ Terutamanya ragam org di sekeliling saya...... & apa yang saya pelajari???

* FAMILY : I LOVE MY FAMILY...... dari dulu smpai skrg, mereka la yg byk membantu saya lebih2 lagi mak.... LOVE my mummy......

Family Bahagia


* KAWAN : bkn semua kawan yg dpt terima kita seadanya..... Ada yg berpura-pura baik dpn kita tapi dlm diam dia tikam belakang kita dgn pisau, parang & pistol (rosak peribahasa)....... Ada kawan yg hanya wujud waktu kita hepi & gelak-gelak aje.... Tapi waktu kita sedih & amat memerlukan bantuan, tiba-tiba aje dia hilangkan diri..... Kawan biasanya dikenali sbg kawan la.... Mcm kawan kelas, kawan kampus.... & tak semestinya kawan kita boleh jadi sahabat kita.... Betul x??

* SAHABAT : standard dia tinggi dari kawan... Sahabat sggup bersama kita susah & senang.... Sanggup berkongsi segala mslh ngan kita..... & sahabat lbh mengenali kita luar & dalam.... Contohnya bila kita dalam kesusahan, mereka sggup membantu walaupun dlm nilai yg kecil tapi bg seorg sahabat, itu adalah nilai yg paling besar...... & pada saya, sahabat adalah yg ke-2 penting slps Family... Saya penah tgk sendri seorg sahabat yg sggup membantu sahabat dia yg sedang sakit malah sggup menunggu sehingga sahabatnya tido.... Itulah namanya sahabat..... & saya doakan hubungan mereka tetap begitu sehingga sekrg....

Comel ye dua sahabat nie


* GF / BF : yg nie ada mcm2 part..... ada cinta "Monkey" la apa la...... Susah nk huraikan bab cinta.... Tapi apa yg saya tau, jika seseorg itu menyanyangi kita, dia tak akan mengongkong kita..... & dia akan sentiasa menyokong kita dgn apa saje yg kita wat.... Itulah yg saya rasakan skrg.... Sokongan & dorongan walaupun saya tau si dia kurang minat ngan apa yg saya minat.....

* Myself : org lain mgkn tak xtau but I think I have change.... Lbh berfikiran terbuka, lbh mesra & lbh sensitif (kemajuan ke??) & yg penting saya berjaya megurangkan tahap baran saya yg dulu agak tinggi.... Saya tak kesah apa org lain nk fkir pasal saya sbb saya pegang pada prinsip... "Org yg btl-btl kenal saya akan terima sape saya"..... & kalu dia tak selesa, silakan pergi dari hidupku..... (ayat brutal sehhhh)......

Moral of the story : skrg saya dah tak peduli apa org nk fkr pasal saya..... Saya tau sape saya.... Menenangkan hati sendri lg bgs daripada menenangkn ati org lain..... Takpe la... FARHANA skrg lbh kuat dari biasa sbb minum susu.... Hehehe..... Apa pun saya syg sahabat & kawan-kawan saya.... Setiap org ada cara dia yg tersendiri & jgn ingat org akan ikut  kita aje.... Terimalah kekurangan org lain jgk krn dgn cara itu jgklah org lain akan terima kekurangan kita jgk..... Jgn jadi org yg bongkak & sombong sbb xde yg suka....


                                                                             ~ The End ~

Sunday, 6 November 2011

AidiladhaKu Tanpa Keluarga


Selamat Hari Raya Aidiladha sume..... Post kali nie saya nk story2 ckita pasal raya saya tanpa family disisi.... Agak sedih jgk la.... Biasa ye pg raya salam mak ayah adik2 dulu..... Tapi ari nie dgn kwn2 aje.... Mkn pun ala kadar aje.... Sayu hati.... Tepon mak plak, mak ngah beraya kat umah makcik..... Best aje.... Malas nk cite lebih2.... Tgk gmbr ajela ye.... Baru tau mcm ne style saya beraya di perantauan kali nie....

Bersama Azie
Bersama Ida
Bersama Fahmi
Bermain di taman....
Termenung... Ingat family yg jauh

Gila di hari raya.....

Thursday, 27 October 2011

AKU, INTERNET & SHOPPING

AKU?? Sape aku nie?? Aku bernama FARHANA BINTI MOHAMED MOKTAR......

INTERNET?? Apa function internet?? Well, skrg sume bnda di hujung jari shj... Sekali "klik" sume dpt... Hiburan, maklumat & mcm2...

SHOPPING??? Apa cite??? Aku xsuka shopping tp aku minat b'shopping..... Hahahaha.... Aku nk story ckit camne aku blh "t'pikat" ngan shopping online nie.... Sejak dok kt Shah Alam nie mcm2 yg aku dah blaja.....t'msuk la shopping online.... Antara yg "b'main2" di tangan & fikiranku ialah :

Mula2 ye tgk aje kat FB @ blog... Pastu ada plak kwn yg ajak2 try beli.... Bila dah start m'beli-belah & sesuai dgn keselesaan, trus b'minat..... Shopping online nie ada jgk kelebihan dia.... Antara ye ialah :
  • Jimat masa & tenaga
  • Mudah.....
  • Lebih byk pilihan
Keburukannya plak sama dengan keburukan shopping2 yg lain.... Mesti sume org dah tau kan.... Buang duit & membazir adalah salah satu keburukannya... Tapi knp aku msih shopping lg?? well...Semata2 utk kepuasan diri sendri & aku suka window shppoing.... Hehehe.... Suka tgk fesyen2 terkini w/pun diri xpndai b'gaya....

Apa yg kita blh beli melalui online??? Bukan setakat baju, mcm2 lg yg kita blh beli apabila sume bnda di hujung jari. Contoh ye beg tangan, HP, Laptop, baju, dress, selendang & mcm2 lg..... Try la.... Syok sgt.... Setakat "window shopping" pun best jgk tau.... Hehehehe :)

Ini sahaja lah story dari aku.... Semoga jumpa lg...... 

Tuesday, 16 August 2011

5 Perkara Yang Perlu Diselesaikan

Insyaallah aku nk cuba selesaikan apa yg aku senaraikan ini sume dlm masa 1 tahun lg....
Antara ye :-
  1. Melihat sume BFF aku ada pasangan masing2 & hdup bahagia....
  2. Simpanan aku mesti ada RM1000 dlm akaun.... (usaha la pas nie)
  3. Ubah perangai yg perlu...... (byk jgk nk kna ubah nie)
  4. Nak ambik lesen kete..... (tp takut)
  5. Upgrade relationship.... (blh ke???)
Semoga aku b'jaya penuhi sume nie........ (sblm hilang dr dunia)...... 
Lgpun 1 thun lg nk b'sama2 ngan kawan2.... I want to see with my own eyes......their happiness.....their smiles.....their laugh.....
Sayang korang sampai bila2....

With My Love


My BFF


My Full House Team


  ♥ ♥ ♥ korang

Friday, 29 July 2011

Percaya Padaku




Lagu nie ditujukan utk saya (Farhana binti Mohamed Moktar) daripda awk (Muhammad Fahmi bin Hamali).............. saya dah faham setiap rgkap dlm lagu nie...... saya percaya awk.....



Tuesday, 26 July 2011

FMTS July 2011

salam.......
dah lama xupdate nie.......
nie nk cite2 ckit......
buat 2nd time jadi fasi.......
apa rasa ye???? apa beza ye????

Kami mendftar pada 2 July 2011 di pjbt HEP utk kem kepimpinan & team building..... Seram sejuk jgk la.... Pas m'dftr 2 trus letak brg2 kat surau... then, mlm 2 ada ice breaking dan 1 aktiviti.... Kami dibahagikan kpd 4 group iaitu Delta, Alpha, Bravo & Charlie....... & saya menjadi ahli group Delta yg diketuai oleh abg Shardiansha..... Kami diminta utk melukis bendara, buat warcry & mcm2 lg..... & tugasan kami ialah menjaga bendara kami sehingga hbs kem kami......... Yg menjadi fasi kami ialah abg Logeswaran & abg Hudzrul...... Tujuan kem ini ialah utk mengajar kami utk handle tekanan.... Mmg tertekan la.... Wat aktiviti tengah panas.... Sabo jela.... Aktiviti yg pling best ialah Golf...... Sbb, kna men berpasangan & ikat kaki.... Mmg syok ar..... Abis lebam2 kaki...... Smpai ada kemalgn yg menimpa seorg peserta perempuan..... Sape punye keje ntah..... Selain itu, kami jugk ada aktiviti Pagar Karan, Senaman Pagi, Polo Lelaki, Perang-perang & mcm2 lg.... Seronok giler...... Tapi yg pling best ialah Journey To The Unknown....... knp????? Sbb kami disuruh ttup mata dari Unisel sehingga la ke tempat 2 & smpai la blik..... Kami kna berjalan mengikut arah tali yg diikat.... Btl2 menguji kesabaran & kna percaya pd diri sendiri....... Kem kami berakhir pd 4 July (malam) & pemenang ye ialah kump Delta...... YYYYaaaaahhhhooooo......... kami berjaya...........

Pada 5 July, gerak kerja kami pun bermula..... Kali nie, aku diamanahkan utk menjadi Exco Kediaman...... & aku kna bekerja bersama-sama dgn 4 org lelaki.....



Ingatkan senang, rupa2 ye susah...... Sbb ye xckup asrama & kami kna mencari alternatif len..... Mmg penat.... Meeting sana, tgk asrama sini..... Kol student 2, kol student nie.... Sblm start ye orientasi, aku dah kehilangan suara...... Sabo jela........ Setelah
bermesyuarat dan sebgai ye, akhir ye kami menggunakan perkhidmatan di Unistar, PTPL & pusat komersil sbg asrama utk pelajar2 baru.....

Pada 9 & 10 July pendftaran telah dijalankan..... Makna ye berlaku dua kali perkenalan Fasi2 kpd adik2 bru.... Penat mmg penat tp kami sggup wat apa shaja asalkan MTS 2011 berjaya.... Byk LDK yg diadakan.... Mmg gempak btl kali nie... Dgn bilangan student yg ramai iaitu mencecah 1000 student, kami berjaya mengawal keadaan itu sume.... (bangga jap)


Hari pendftaran......


Fashion Show.....

meriah btl......




                                                                                        

Sunday, 24 April 2011

Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."



Renungan bersama : Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

Monday, 18 April 2011

FMTS April 2011

4 - 5 April 2011 : Aku telah menjalani Program Kem Kepimpinan & Team Building. Mcm2 aktiviti & cabaran yg aku dah hadapi sepanjg kursus tue...... Antara aktiviti yg pling aku suka ialah "Holding on you","Rumah & Ladang" dan "Night Walk"........ Syokkkkkk giler......... Kursus nie sbg persediaan utk kami menjalani Minggu Tekad Siswa (MTS)......


6 - 8 April 2011 : Persediaan utk menghadapi MTS yg bakal menjelma...... Aku tlh dilantik sbg Exco Disiplin & ketuanya adalah Megawarnan Pillay.... Cabaran & tugasan yg ckup berat.... Di bwh pengawasan Exco Koordinator, abg Logesh, kami berjaya melakukan tugas kami..... Nie yg dikatakan "KERJASAMA"......



9 - 13 April 2011 : Aku kna b'tugas kat MAIS bersama-sama dgn Razz (Exco Kediaman)......so xblh nk cite psl suasana kat UNISEL..... Kat MAIS,mmg giler-giler stress....... Dgn komplen dr pelajar,dari ibubapa.... Kalu ikutkan perangai panas baran aku dah lama aku tumbuk sorang2....(ckp blkg berani la....hahahaha)....... Nk dijadikan cite sepanjang 5 hari mmg aku xblh senyum & kna bertegas ngan pelajar2 baru nie.... & sepanjang 5 hari jgk aku kna jd "jam loceng" bdk2 nie....... Kna kejut kol 4.00 pg,kn kira dan mcm2 lg.... Yg aku xtahan ialah kna beli mknan utk diorg.... Kalu 2 3 org ok la.... Nie utk 1 blok..... Mak aaaiiiii..... Pas nie blh wat Exco baru......iaitu Exco Penempahan Makanan.... HAHAHAHAHA!!!!!!!!!! Merasa jgk aku jd VVIP (very2 important person)........walaupun xpnting sgt..... Tapi yg best....aku dpt pengalaman baru.... Pengalaman yg xakan aku lupakan....... TQ UNISEL...... TQ HEP krn bg aku peluang..... TQ everyone... U Are The Best Among The Best.... I LOVE YOU ALL.......


Antara aktiviti yg diadakan
antara aktiviti yg diadakan
antara aktiviti yg diadakan

Tuesday, 15 March 2011

Dunia Kini......

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
SAyu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina 
 
 

Tuesday, 8 March 2011

Sama @ Berbeza



cuba tgk btl2......ada perubahan x???@ sama aje.....




umur 21 thun...
umur 4tahun...

ada org ckp sama aje....tetap comel...huahuahua....apa2 pun zaman kecik2 dah lepas...sekarang dah besar,makin matang & byk tanggungjawab......but i still miss zaman bdk2....hahaha


Monday, 7 March 2011

Aku & Exam


8/3/2011~NEGO (2.30) MAIN HALL
9/3/2011~LABOR ECO (9 PG) LT2
14/3/2011~OSHA (9 pg) LT6/ LT7
15/3/2011~SOCIOLOGY (9PG) LT7
16/3/2011~IR (9PG) MAIN HALL
17/3/2011~I/O (9PG..) MAIN HALL




p/s : good luck kpd sume kwn2 ku.....semoga kita berjaya dlm exam kali nie & akan datang....


Happy Family

Inilah keluarga saya......







Ayah sy nama ye Mohamed Moktar Bin Mahamud.... usia ye dlm 64 thun..... dah tua dah tp blm ada cucu (sbb aku blm kawin).......... mak saya plak nama ye Salbiah binti Mamat.... umur ye 55 thun...... masih sihat & masih bekerja.......... alhamdulillah...... sy ada 2 adik... perempuan nama ye Nurhidayah binti Mohamed Moktar yg berusia 19 thun.... thun nie nk ambk STPM... hrp2 la berjaya..... yg lelaki plak nama ye Muhammad Taufiq bin Mohamed Moktar.... nie nakal skit..... umur dia 13 thun....