Sunday, 24 April 2011

Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."



Renungan bersama : Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

Monday, 18 April 2011

FMTS April 2011

4 - 5 April 2011 : Aku telah menjalani Program Kem Kepimpinan & Team Building. Mcm2 aktiviti & cabaran yg aku dah hadapi sepanjg kursus tue...... Antara aktiviti yg pling aku suka ialah "Holding on you","Rumah & Ladang" dan "Night Walk"........ Syokkkkkk giler......... Kursus nie sbg persediaan utk kami menjalani Minggu Tekad Siswa (MTS)......


6 - 8 April 2011 : Persediaan utk menghadapi MTS yg bakal menjelma...... Aku tlh dilantik sbg Exco Disiplin & ketuanya adalah Megawarnan Pillay.... Cabaran & tugasan yg ckup berat.... Di bwh pengawasan Exco Koordinator, abg Logesh, kami berjaya melakukan tugas kami..... Nie yg dikatakan "KERJASAMA"......



9 - 13 April 2011 : Aku kna b'tugas kat MAIS bersama-sama dgn Razz (Exco Kediaman)......so xblh nk cite psl suasana kat UNISEL..... Kat MAIS,mmg giler-giler stress....... Dgn komplen dr pelajar,dari ibubapa.... Kalu ikutkan perangai panas baran aku dah lama aku tumbuk sorang2....(ckp blkg berani la....hahahaha)....... Nk dijadikan cite sepanjang 5 hari mmg aku xblh senyum & kna bertegas ngan pelajar2 baru nie.... & sepanjang 5 hari jgk aku kna jd "jam loceng" bdk2 nie....... Kna kejut kol 4.00 pg,kn kira dan mcm2 lg.... Yg aku xtahan ialah kna beli mknan utk diorg.... Kalu 2 3 org ok la.... Nie utk 1 blok..... Mak aaaiiiii..... Pas nie blh wat Exco baru......iaitu Exco Penempahan Makanan.... HAHAHAHAHA!!!!!!!!!! Merasa jgk aku jd VVIP (very2 important person)........walaupun xpnting sgt..... Tapi yg best....aku dpt pengalaman baru.... Pengalaman yg xakan aku lupakan....... TQ UNISEL...... TQ HEP krn bg aku peluang..... TQ everyone... U Are The Best Among The Best.... I LOVE YOU ALL.......


Antara aktiviti yg diadakan
antara aktiviti yg diadakan
antara aktiviti yg diadakan